Daerah asal di China Cina_Indonesia

Muzium Hakka Indonesia

Kebanyakan orang Cina di Indonesia berasal dari bahagian tenggara China, khususnya suku-suku seperti yang berikut:

  • Hakka
  • Hainan
  • Hokkien
  • Kantonis
  • Hockchia
  • Teochew.

Daerah-daerah asal yang tertumpu pada pesisir tenggara China dapat difahami kerana sejak dari zaman Dinasti Tang, bandar-bandar pelabuhan di pesisir tenggara China memang telah menjadi bandar-bandar perdagangan yang besar, dengan Quanzhou tercatat sebagai bandar pelabuhan yang terbesar dan tersibuk di dunia pada zaman tersebut.

Pertumbuhan perdagangan saling di daerah pesisir tenggara ini kemudian menyebabkan banyak sekali orang-orang Cina berasa perlu keluar belayar untuk berdagang. Destinasi utama mereka ketika itu ialah Asia Tenggara dan oleh kerana pelayaran amat bergantung kepada angin musim, maka setiap tahunnya, para pedagang Cina akan bermukim di wilayah-wilayah Asia Tenggara yang disinggahi mereka. Demikian seterusnya ada pedagang yang memutuskan untuk menetap dan mengahwini wanita setempat dan ada pula yang pulang ke China untuk terus berdagang.

Rujukan

WikiPedia: Cina_Indonesia http://www.indonesiamedia.com/rubrik/manca/manca99... http://www.mualaf.com http://groups.yahoo.com/group/budaya_tionghua http://groups.yahoo.com/group/budaya_tionghua/mess... http://www.library.ohiou.edu/subjects/shao/databas... http://www.obor.co.id/DetailBuku.asp?Bk_ISBN=979-4... http://sp2010.bps.go.id/files/ebook/kewarganegaraa... http://home.iae.nl/users/arcengel/NedIndie/chineze... http://www.nationaalarchief.nl/amh/detail.aspx?pag... http://www.ocac.gov.tw/download.asp?tag=P&file=Dow...